[VIDEO] Indonesia tuntut Malaysia mohon maaf

Kementerian Pemuda dan Olahraga Indonesia (Kemenpora) dalam hantaran di Twitternya memuat naik surat protes menuntut permohonan maaf daripada kerajaan Malaysia atas kejadian pergaduhan yang berlaku di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini.

A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pemuda dan Olahraga Indonesia (Kemenpora) menuntut permohonan maaf daripada kerajaan Malaysia di atas kejadian pergaduhan di Stadium Nasional Bukit Jalil ketika perlawanan Malaysia menentang Indonesia pada 19 November lalu.

Kerajaan Indonesia turut memuat naik gambar dua muka surat dokumen di Twitter rasmi kementerian itu yang mengecam kejadian berkenaan dan mahu Malaysia segera menyelesaikannya.

Perkongsian gambar tersebut kini tular di media sosial dan rata-rata netizen khususnya penyokong Indonesia berharap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah pentadbiran Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memohon maaf kepada negara itu.

Surat yang dihantar kepada kerajaan Malaysia berhubung insiden pergaduhan yang berlaku di Stadium Nasional Bukit Jalil ketika perlawanan Malaysia menentang Indonesia baru-baru ini.
Surat yang dihantar kepada kerajaan Malaysia berhubung insiden pergaduhan yang berlaku di Stadium Nasional Bukit Jalil ketika perlawanan Malaysia menentang Indonesia baru-baru ini.

Mereka juga berharap kerajaan Indonesia melaporkan perkara itu kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) supaya pasukan Malaysia dikenakan tindakan undang-undang sebagai pengajaran.

“Sebaik sahaja dilaporkan perkara ini kepada FIFA agar mereka dikenakan sangsi (tindakan undang-undang), sebagaimana manjanya mereka di GBK (Gelora Bung Karno) yang hanya kena timpuk (baling) botol air mineral," tulis Dani Daniel di Twitter.

Nani Rahimi pula berkata, “Laporkan penganiayaan yang dilakukan oleh penyokong Malaysia ini kepada FIFA yang berwenang memberikan teguran dan hukuman kepada pasukan penyokong yang melakukan onar."

Artikel Berkaitan:

Antara reaksi penyokong Indonesia yang mengharapkan kerajaan mereka melaporkan perkara itu kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Antara reaksi penyokong Indonesia yang mengharapkan kerajaan mereka melaporkan perkara itu kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 48 saat memaparkan beberapa individu didakwa warga Indonesia kononnya dipukul penyokong Malaysia selepas perlawanan bola sepak Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di antara Malaysia dan Indonesia baru-baru ini.

Susulan insiden itu, Syed Saddiq dalam hantaran di Twitternya memuat naik video permohonan maaf kepada rakyat Indonesia semalam.

“Saya dengan penuh rasa rendah diri ingin memohon maaf dengan rakan serumpun di Indonesia. Saya ingin memohon maaf kerana tragedi yang berlaku beberapa hari yang lepas

“Kami telah pun mendapat pengesahan bahawa kes pemukulan dan tragedi itu tidak berlaku di Bukit Jalil atau semasa perlawanan bola sepak tetapi berlaku dalam 20km dari Stadium Bukit Jalil dalam lingkungan pukul 3 pagi.

“Kami masih tidak mendapat pengesahan jika kes itu berkait rapat dengan perlawanan bola sepak. Bagaimanapun, kes ini melibatkan seorang warga Indonesia. Kami memohon supaya rakan-rakan khususnya yang dipukul untuk tampil ke hadapan untuk membantu siasatan ini.

“Kami ingin memastikan keadilan akan datang tidak kira bagi warganegara Malaysia atau Indonesia. Ini adalah tanggungjawab kami bersama,” katanya